Courage is in the living

Keberanian

tai attitude

4 min read

Kita semua pernah mengalaminya sebelum ini, iaitu pada suatu masa, di mana kita memperolehi kekuatan yang besar, dalam menempuh perkara yang amat sukar.

Seseorang mungkin tertanya-tanya; bolehkah kita memiliki kekuatan ini lagi sekiranya tiba masanya lagi?

Artikel ini adalah mengenai keberanian. Nama-nama di artikel ini adalah rekaan semata-mata, tetapi peristiwa yang diterangkan adalah beberapa senario kehidupan sebenar.

 

         Apa itu keberanian

         Keberanian perlu dicari

         Hubungan yang bermakna

 

 

Apa itu keberanian

Ramai orang, percaya keberanian adalah intrinsik, kerana mereka percaya keberanian datang dari dalam. Sekurang-kurangnya kita telah diajar dengan cara ini. Jika kita mendengar bahasa yang kita dengar sepanjang hidup kita, seperti, janganlah bimbang, jadilah berani, ambilah langkah pertama dan lain-lain. Semuanya kedengaran seperti itu adalah intrinsik.

Mungkin inilah sebabnya mengapa tidak semua orang dapat mempunyai keberanian apabila tiba masanya. Kerana keberanian bukan intrinsik.

Keberanian bukanlah sesuatu yang boleh kita mengeluarkan begitu sahaja. Ia sememangnya bukan sesuatu yang boleh kita mendisiplinkan diri kita. Keberanian juga bukan tabiat mahupun keperibadian.

 

Untuk memahami apa itu keberanian, mari kita mulakan dengan definisi keberanian.

Keberanian ditakrifkan sebagai pilihan dan kesanggupan untuk menghadapi penderitaan, kesakitan, bahaya, ketidakpastian, atau intimidasi.

Sememangnya, kita hanya akan bercakap tentang keberanian apabila berada di masa-masa sukar disebutkan di atas.

Memandangkan keberanian hanya berkaitan dengan masa-masa sukar seperti itu, kita boleh katakan, keberanian adalah salah satu cara manusia kita bertindak balas terhadap peristiwa tersebut. Pendek kata, keberanian adalah reaksi.

Tetapi persoalannya tetap, jika keberanian adalah pilihan dan kesanggupan kita, jika ia adalah reaksi yang boleh kita berikan, maka mengapa kita tidak boleh memilikinya ketika dalam keadaan yang memerlukan?

Jawapannya ialah kerana, keberanian adalah ekstrinsik.

Bertentangan dengan kepercayaan popular, keberanian tidak datang dari dalam, tetapi dari orang lain. Daripada kita berusaha untuk memupuknya, kita hanya perlu mencarinya.

 

 

Keberanian perlu dicari

Abby telah tinggal bersama neneknya selama 15 tahun, hubungan mereka adalah sangat rapat, dan pada suatu hari neneknya telah meninggal dunia. Abby mengalami kehilangan penting dalam hidupnya. Abby sedang melalui penderitaan, dan tidak dapat dibayangkan jika dia melalui ini sendirian.

Namun kehadiran rakan-rakan karibnya yang sentiasa berada di sisi Abby untuk menenangkan hatinya, inilah yang memberikan ketabahan yang diperlukan oleh Abby supaya menerima serta meneruskan hidup pada hari yang akan datang.

 

Jonathan adalah seorang atlet, dia tercedera kakinya semasa perlawanan bola sepak. Kerana kecederaannya teruk, kakinya memerlukan pembedahan. Doktornya memaklumkan kepadanya bahawa ia akan mengambil masa 11 bulan untuk pemulihan sepenuhnya, dan makluman ini hampir menghancurkan Jonathan. Kerana dia tidak akan dapat beraksi untuk pasukannya untuk tempoh yang begitu lama. Pada fikirannya, semua persiapan dan latihan yang keras pada tahun-tahun sebelumnya berakhir dengan sia-sia. Perkara yang paling teruk ialah, dia tidak pasti bahawa kakinya akan masih sama seperti dulu lagi. Jonathan mengalami kesakitan yang amat sangat, baik dari segi fizikal mahupun mental.

Sokongan rakan sepasukan dan keluarganya selama 11 bulan ini, memberikan kekuatan kepada Jonathan untuk mengharungi masa sukar ini. Pada masa yang dilalui, dia akhirnya sedari bahawa bukan sahaja dia perlu sembuh untuk dirinya sendiri, tetapi demi untuk mereka juga.

 

Dom berada dalam bahaya, dia terperangkap dalam kebakaran bangunan tinggi, di mana dia cuba melarikan diri, tetapi dia tidak dapat mencari jalan untuk melarikan keluar. Apabila semua harapan hilang dalam detik panas ini, Dom yang tidak berdaya, mengenangkan anak perempuannya yang berusia 3 tahun sedang menunggunya di rumah. Inilah yang memberi kekuatan kepada ibu bapa seperti Dom untuk melalui kesukaran, kerana ada seseorang yang menunggunya di seberang.

Kerana seseorang yang begitu penting, Dom berani dan tidak mahu mengalah. Akhirnya, Dom telah diselamatkan oleh anggota bomba dan telah bertemu semula dengan anak perempuannya sejak itu.

 

Jeanne akan pergi ke kolej tidak lama lagi, tetapi hidupnya dalam ketidakpastian, kerana dia tidak tahu apa yang akan berlaku untuknya. Dia tidak pasti kursus apa yang patut diambil, dan dia bimbang jika dia akan menyesali pilihannya di kemudian hari. Pada suatu petang, ibu saudaranya kebetulan melawat rumah Jeanne. Jeanne memberitahu ibu saudaranya tentang kebimbangan Jeanne. Daripada perbualan itu, ibu saudaranya mengetahui ketidakpastian Jeanne, dia kemudian memberitahu Jeanne ini:

"Jeanne, daripada memilih apa yang Jeanne ingin belajar, cuba pilih apa yang Jeanne benar-benar tidak mahu belajar, potong kesemuanya, yang tertinggal, ialah pilihan yang Jeanne akan buat."

Ibu saudaranya hanya memberikan Jeanne cara pemikiran secara terbalik, akibatnya ini telah meletakkan Jeanne dalam cahaya baru. Jeanne amat berterima kasih kepada ibu saudaranya. Ibu saudaranyalah yang memberi Jeanne cerapan, perspektif dan inspirasi yang diperlukan untuk Jeanne mengubah ketidakpastian ini kepada satu kepastian.

 

 

Hubungan yang bermakna

Kekuatan yang Abby, Jonathan, Dom, dan Jeanne peroleh pada masa-masa sukar mereka sendiri, adalah kerana orang lain.

Kita manusia adalah haiwan sosial; sememangnya ia telah dikodkan dalam DNA kita. Kita hidup untuk orang lain juga.

Keberanian diperoleh hanya dengan membentuk hubungan yang bermakna. Pembentukan hubungan bermakna adalah boleh dengan sesiapa sahaja, asalkan ia adalah hubungan yang bermakna untuk kita.

Majikan dan pekerja, guru dan pelajar, adik beradik, pasangan, persahabatan adalah beberapa contoh.

Apabila seseorang tidak mempunyai sesiapa melainkan memperjuangkan hanya untuk dirinya, inilah kekuatan untuk bertahan.
Apabila seseorang mempunyai seseorang, dia memperjuangkan lebih daripada dirinya , inilah kekuatan keberanian.

 

Cuba bayangkan ini, di mana satu hari anda berdiri di dewan kemasyhuran anda, di mana orang berkumpul untuk meraikan pencapaian serta sumbangan anda. Anda berdiri di atas pentas, dan orang yang anda akan berterima kasih pada masa ini, mereka adalah orang, yang mempunyai hubungan bermakna dengan anda.

Hanya anda, mengetahui siapa punca keberanian anda.

 

Data:
Haiwan Sosial | Ensiklopedia.com


Kembali

Tinggalkan komen

Sila ambil perhatian, ulasan perlu diluluskan sebelum ia diterbitkan.